Thursday 31 March 2011

korang!!

To all KGB..

Pejam celik...ada 2 minggu je lagi tuk abiskan week 14..n ada sebulan lagi nak exam..

Sorry kalau reminder aku nie lagi menyerabutkan kepala korang..

Tapi..aku nak gak remind korang..hehe...sebab aku rasa aku dah terlalu bangang sebab terlalu main2 sepanjang sem nie..aku cam hilang focus..sebab terlalu banyak kerja yang aku kena buat..

Seriously aku tension giler sekarang..tension..tension....hahaha...perkataan nie mesti lagi mentensionkan korang kan..itulah niat aku..supaya korang tension bersama-sama aku..ishh...giler PYSCO..

Apa2 pon marilah kite bersama2 berusaha meyiapkan assgnment yang xsiap...

Ehhh..pencarian rumah tuk master nanti belom settle lagi la...padahal bape minggu lagi tinggal..emm..nanti free la kot kite pk bersama2..ok x??

Ok...jom buat kerja...hari nie saja nak kongsi masalah ngn korang..hehe..

Tuesday 29 March 2011

JANTAN kah? (pt 1)

Salam ‘alaik.

In the name of Allah, the most Precious and our Love

Hello everybody. I hope all of u doing great in ur daily routine. Stat celik mata sampai baca doa nak tutup mata dan tido. Aishehhhh. Rasenye untuk seorang yang produktif, 24 jam tuh tak cukup. Tapi utk big S, terlampau2 lebeyh pulak. Ahaks. Nampak sangat ler malas nye.

Jadual exam da kuar. Big S rase idup mcm terhenti. Dan gelap. Down giler sampai call mama. Teriak kuat2 smpai KGB yg laen dengar. Then, call boyF pulak, pastu stop nanges. Hahaha. Finishing adalah tido. Hah! Tak jadik ape.

Owkay2.

Back to da main topic. JANTAN. Nape big S tak letak lelaki. Kan lebih sopan. Oh. JANTAN nih gelaran untuk lelaki yang perangai tak semegah mcm haiwan yang ada jantina jantan. MALE dalam bahasa omputehnye. Uish. Kuang ajaq sungguh statement.

neway, big S nak bagi beberapa situasi dan boleyh tolong nilai, 'coz i am afraid that my opinion is more to emotional response

Situation 1
U bumped into ur ex, he seem happy and normal after the breakup. Fine. U assumed that both of u were friends. Time goes by…

EX: eh awak, teman saya tido
U: dalam mimpi pon tak mungkin la saya wat camtuh

The next day, u confront with him

U: awak, sy tak suke la awak cakap cenggitu. Tak respek ke kat sy cm awak respek mak awak
EX: hey, sy bgurau la. Yang awak bebal sgt nih kenapa?

Ok. Fine. Lelaki mcm ni is recommended to be avoid as they are harmful to u. tak mendatangkan hasil dan tak waras level 1

Situation 2
Hang out with some boys and girls. Kawan. Takde masalah punye. But then, (in sms)

BOY: u Nampak sexy la pkai baju tadi.
GIRL: oh. TQ for the compliments
BOY: mesti u lagi sexy if bukak baju. U da la puteh.
GIRL: (whaddapork?)

In meanwhile, boyF u ade kat sebelah and hangin tak semena2 kerna kawan lelaki itu berkata begitu. Hoi bangla, etika mane? Simpan dalam boxer ke? Girls, this type of JANTAN, tak payah pandang walau sehensem mane pon dia. Apatah lagi yg tak hensem. PERVERT!

Situation 3
As u ade handphone 3g, ur long lost kawan lelaki tetibe sms

KAWAN: weyh, jum 3g
U: wokeyh.

So, sidang video pon berlangsung untuk beberapa minit

KAWAN: kau mesti rindu kat aku kan?
U: skit pon tak rindu sebab tuh aku tak carik kau. Kau yg carik aku.
KAWAN: weyh, nak MUAHH.MUAHH
U: bluwekkk( dan terus end video call)

Ini bukan kawan ye. Sila amek perhatian. Lelaki jenis ini, kurang kaseh sayang dan bukan tanggungjwab anda nak sedekahkan kaseh sayang anda pada dia. Bagi kat mama ayah korang lagi bagus. Dapat pahala

Situation 4
U memang baek. Nak menjarakkan hubungan kawan2 sebab anda rasa berkawan iu bagus.

U: hello incik. Kenal saya lagi?
INCIK: kenal la. Wtpe?

Ok. Korang pon sembang kencang dan memang happy. One day..

INCIK: eh, I rase nak jumpe u la
U: ok.takde hal. Jum la
INCIK: kite naek genting nak?
U: ok je. Incik la belanja
INCIK: ok. Tapi kite tido sane la.

Ini lagi satu contoh sila tampar muka laki itu selaju2 nya. Ini bermakna, anda da salah pilih kawan. Sila tingalkan ‘binatang’ yg jijik ini dan berkawan dengan manusia laen. tak salah mencuba. Cuma berhati2

Situation 5
U met one guy that memang pious gilak, pakai celak mcm adam lambert, serban lilit 8, jubah meleret mcm gaun pengantin. Dipendekkan cite memang terbaek dari ladang lah. Then, u rase teruja pasal terasa macam dia boleyh bawak u ke jalan yang benar dan lurus. U selalu la bersoal jawab agama dan agak rapat la. At one stage, u Tanya pasal make up before marriage

U: I tengok ramai yang tak kesah pasal making up before marriage  nih. Seems like nowadays, people don’t mind plus, dorang rase kalau tak pregnant, there shoul be no problem
USTAZ:  I see.(smbil membetulkan ikatan serban). Sebenarnya, u kene paham. Teenagers nowadays is sort of people yang dah terlalu exposed dengan dunia luar. I rase takde salah pon kite nak ikut. Mende2 cenggini is experience. Especially hal2 macam ini. Ini adala pengalaman yang bagus.

Stop. All this is bullshit. U terkesima sebentar. Oh tidak. Ini memang ajaran ayah pin pon naek turun langit nih. Tanpa korang tunggu lagi, sila blah kerna, ini memang sesat. So, segala ajaran dia dari mula u all kenal, sampai dia stat kluarkan fakta lar biasa dia, sila lah lupakan sebelum korang dipukau ye

Notes: all the situations were real and based on experienced. Believe it or not, such JANTAN yang bertopengkan LELAKI memang wujud. So guys (KGB and gadis2 biasa di luar sana), be smart and be alert. Don’t let yourself being fooled by this UNACCEPTABLE creatures. Smoga ALLAH pelihara keturunan2 lelaki kite daripada tergolong daripada manusia cmnih. Amin


Sunday 27 March 2011

bila hari ini hari kamu

salam 'alaik

hari ini, big S keseorangan tanpa KGB yg laen kerna mereka telah mencemar duli pergi  dinner MATECH d INTEKMA. takpela. mereka sedang meraikan diri sendiri. HAVE FUN GUYS!

well2 in the well. whatssup to all the sistah out there? hope all of u doing well. plus, our kind men readers. luv u olls.

next, at the first place, big S nak membebel pasal jerawat. acne. argghhh.. memang agak tertekan ye tuan2 dan puan2 kerna jerawat ini sudah mengganggu penglihatan. oh tidak. mungkin jerawat ini ada sebab yang munasabah mengapa dia timbul di muka big S. mungkin nak datang bulan gamaknye. incik jerawat, saya maafkan anda sebab tumbuh di muka saya. tapi cepat2 la sembuh ye. smpai incik boyF pun da jangkit jerawat smpai ke leher. eh. jerawat boleyh jangkit ke? 

next, apakah yang bermain di minda ku ini? jawapannya, MACAM-MACAM

hurm. bila hari ini hari kamu. ye. hari kamu. hari yang kamu ada segalanya. otak yang pandai. fizikal mental yang sempurna. keluarga yang menyokong. harta benda yang melimpah. dan macam2 nikmat yang kamu rase terbaik utk kamu. 

dan bila hari ini hari kamu dan kamu berkata, ' I GOT MYSELF. AKU TAK PERLU KAMU UTK SEMPURNAKAN HARI AKU'. wah. syabas dan tahniah. tahniah kerna kamu ada segalanya. sekalung tahniah ya. semoga Tuhan merahmati kamu dan rezeki mu. 

mama selalu cakap, kat dunia nih, manusia nih semua mementingkan diri sendiri. ya. betol. tepat. bodoh sungguh bila big S tak nampak semua tuh. untuk alasan itu, patutkah big S mempunyai kelakuan yang sama? oh. tidak. that's not me. biar la orang buat mcm mane pon, itu hak dia. bukan big S yg nak mengadili dia. big S ada Tuhan. selayaknya, biar Dia yg menghakimi. hah. bagus kan? 

bukan dan bukan. big S memang tak sempurna. sangat. honestly, the people around me are much better. and all of u guys, got my salute.*head down*

dan bila hari ini masih lagi hari kamu, dan kamu terasa kamu masih lagi tuan punya hari ini, sekali sekala pandang hari semalam kerna esok mungkin bukan lagi hari kamu. oh. itu mungkin. big S kata mungkin. 

hey. jangan bersedih. walaupon, kamu bukan tuan punya hari esok, big S tetap ada di sini. and i guess, ramai lagi yang kamu tak sangka dan kamu pandang rendah akan ada untuk kamu. hey sayang, kawan untuk bergelak sangat ramai. kawan untuk bersedih? nilai kamu bukan pada duet, kereta, karier, dan harta benda duniawi kamu. tapi nilai kamu bila kamu bersedih, berapa ramai yang akan ada untuk kamu. ya. keluarga. sahabat. big S ada ke? thank God. i got my family. o Allah, please bless them all the way.

ah. big S tak layak cakap mcm nih. oh. maybe i am just a emotionally psychopath. anyhow, i am glad to have all good things and bad things in me-life. generally, KGB sgt bersyukur utk semua nikmat ini. that's complete us. and we pray as our life getting better each second. ameen

i am trying to express my feeling in better words. trust me. it is just my opinion. please. don't take it too serious ya. tak puas aty, be gentle. cakap depan2. in proper words and manners.as simple as that

p/s 1: tengah menunggu KGB 'turun dari kayangan'

p/s 2: happy anniversary boyF. esok! yay. leb.leb.leb.yu.yu.muchh!*muntah dan muntah lagi*

Friday 25 March 2011

sepetang di waktu petang

salam 'alaik

apekejadahnye title cenggini. tak menarik lamsung. 
ah.
nih entry guwa. bukan entry lu.

good news.
big S da dapat feedback
face to face lagik! hambek kau!

ayat dia lebih kuang cenggini
'KAU NIH KAT TAKUK LAME N SLALU PANDANG MASA LAMPAU'
mcm duk zaman batu plak gamaknye.

so
konklusinye yg guwa try rumuskan adalah
guwa nih tak maju ke depan.

tQ utk pandangan yg bernas itu.
big S akan try usaha jadik lagik bagus.
cemerlang, gemilang dan temberang terbilang!

tapi
celah mane nak start?
marilah kite renung siling skali lagik sampai tetido

baby, u've got to go ~ i mean, ME *tak.paham*

p/s : seriously, i need a self-treatment. haiyya 'alas solah

Wednesday 23 March 2011

setelah aku terasa

salam 'alaik

setelah aku renung idup ini sampai aku tetido
aku terasa
tido lagi bagus dari melayan nafsu

setelah aku keluar dari karaoke dan menyanyi 5 lagu seorang diri
aku terasa
menyanyi sorang lagi bagus dari menunggu 'bulan jatuh ke riba'

setelah aku ikat rambut dua dan budget comel depan cermin
aku terasa
budget comel lagi best dari mengutuk owg laen budget comel

setelah aku mesej dgn mat arep
aku terasa
mesej mat arep lagi menyenangkan aty dari tunggu mesej choki

setelah aku borak2 dengan mama ayah
aku terasa
borak dengan parents lagi menambah keimanan dari dengar lagu 4 minutes

setelah aku melayan chin chan dgn temok
aku terasa
melayan chin chan n temok lg menarik dari menunggu line broadband full bar

setelah aku berangan menjadi princess
aku terasa 
berangan jadik princess lagi best dari memikirkan org yg suke carik salah aku

setelah aku balik dari kelas
aku terasa
perasaan balik dari kelas lagi syok daripada ponteng klas

setelah aku mengadap muke lecturer aku
aku terasa
mengadap muke lecturer lagi thrill dari mengadap muke bekas boyF

setelah aku makan sorang2 kat key hell sentral
aku terasa
makan sorang2 kat key hell sentarl lagi byk manfaat dari makan sorang kat umah tanpa KGB

setelah aku balik dari 'kelab menari' 
aku terasa
'kelab menari' lagi menarik dari melepak di barra isap shisha

setelah aku menanges dekat Abaleek
aku terasa
menanges dkt Abaleek lagi puas dari LB

setelah aku mencoretkan di blog 
aku terasa
mencoretkan di blog lagi bagus dari aku mengumpat org laen

setelah bangun tido
aku terasa
bangun tido lagi bagus dari tak bangun langsung

setelah aku belek diri aku balik
aku terasa
syukur. 
ALHAMDULILLAH
walaupon banyak lemah.
'compang camping' sane sini
DIA pinjamkan aku byk mende yg memang aku tak mampu nak balas

korang terasa ape pulak?

p/s : big S takmau menyesal dengan ape yg big S lalui n here i am. still standing. THANK YOU ALLAH

Tuesday 22 March 2011

fresh 'ayer'

salam 'alaik 

testing. testing.
 hola.

taktaw la asal big S sgt suke menaip dan mencurahkan idea2 tak semegah mcm KGB laen. 
terasa mcm nih personal blog plak. huish..*mungkin G to the PANG*

well2 in the well.
where should i start?

sepanjang entry2 yg telah di'post' sebelum ini, mainly its all about, PERSONAL FEELING *muntah.sekarang*

so

whassup dengan KAMI GADIS BIASA?

sungguh bosan hidup ini jikalau kita hanya fokus pada satu perkara saja. Maka, dengan ini marilah kita menyeru pada diri sendiri untuk melakukan anjakan paradigma di tahap paling dewa sekali.

oh.

mari kita tanya soalan-soalan ini pada diri sendiri

BILA MAU BERUBAH?
APEKAH YG TERBAEK UTK KITE?
tepuk dada, tanya iman dan amal
*padia mengaruk guwa nih*

average KGB 20s. that's mean, alhamdulillah, KGB still got the strength and all of the good physical that human being want.

tapi
adakah KGB menggunakan ape yg ada dengan sebaeknya?
include me?

personally*personal lagik!*
routine harian

BANGUN LAMBAT
G KELAS LAMBAT
BALIK KELAS AWAL
PONTENG KELAS SELALU
MAKAN BANYAK
TIDO TAK INGAT DUNIA
MERAYAP
MELEPAK
TIDO LAMBAT
plus
MENGARUT KAT BLOG
*seriously, ini bukan gambaran org beriman*

this is the basic routine
and of cos,
jgn salah paham, other KGB are lots and lots better than me. bukan memuji. but that's the fact.

DIMANA SILAPNYA BIG S SEBAGAI MANUSIA?
sekali lagi
TEPUK DADA, TANYA IMAN

sebelum kelupaan sebab byk sangat makan semut

i have several topics yg guwa da jot down utk dipaparkan di blog ini. but still, i need suggestions from u guys utk memberikan TOPIK yg sesuai utk di'post' di blog ini. mungkin boleyh dikurangkan mende2 mengarut as big S memang suke mengarut dan bercakap. *budget cam ramai kipas.susah.mati*. what ever it is, big S try utk memberi dan menyampaikan sesuatu yg baik, at the same time, not that serious gile mcm blogserius. 


it's a good bye, i guess

RELAX & HAVE FUN.




asek cite pasal lelaki je. bosan
asek tak puas aty dengan org je. bosan

asek puji orang je. bosan

hurm.
mungkin hidup guwa membosanan. mungkin!

5 perkara sebelum 5 perkara
 to the other KGB, mane WHAT'S IN UR BAG korang nih? penat dah guwa tunggu entri agung korang nih. sila update cepat2.


IT'S TIME TO CHANGE THE GAME

p/s 1:  KGB bizi. takleyh nak update selalu

p/s 2: winduwwwwwwwnye kat DIA. my one and ONLY. hayya 'alal FALLAH!


Sunday 20 March 2011

HER WHISPER IS THE LUCIFER

Hello,Hello..akhirnye stelah bebrape kali mencube jaye akhirnye berjaye gak upload(?) video Lucifer ni. tiap kali nk upload je mesti dy kate "no video found" whadehek sungguh..ok kali nk review psl vid ni plak..walopon dh zmn batu vid  ni kuar kat utube,n dh byk org komen, ade aku kesah(motip?) ok lets check it out yawww...


ok memula berkenalan dulu..walopon b4 ni dh kenalkn kt KGB tp kompem la deme x igt dorg..kalo say B.I.G to da BANG mmg deme kenal..hehe..Yg memule nyanyi tu name dy Onew(leader), pastu yg pakai hood yg ade visor(?) kaler ijau tu Taemin,pastu yg pkai baju kaler gold tu Jonghyun..sore dy high pitch gilo..hehe..pastu yg kepale sparuh botak tu Key..aku pon x phm la apsal dy buat rmbut camtu..bajet ganaz la..pastu rapper yg encem tu name dy Minho..

Ok komen psl vid  lak..vid dy mesti nk ade kete kt blakang..cam lagu Ring Ding Dong tu..nmpk cam bergaye la an..pastu btween 0.22-0.26 dancing dorg ade cam bunyi 'woosh2' cam bunyi libas (?) pedang pon ade..keke..dancing yg part tgn tu cam pelik gile..xsesuai gile koreografi..ok aku x reti menari tp suke tgk koreografi..so rase cm x bape nk msk la..

then part 0.27 perlu ke rambut si taemin tu smpy tutup mate..pesyen la konon..haha..ade org komen kt utube Taemin dok dlm saliran kumbahan ke sbb ade kipas besor kat blakang n cam kotor2 sket la dinding dy an..cam lojik gak an..haha.. then,part plg menarek tym 0.46 yg bdn dorg tibe2 cam gegar(shake?)..sesuai gile ngan part lagu tu..dlm mv ni mmg pakai cgi, tp tym dorg perform dorg wat gega(?) sndiri..

pastu ade part solo yg Jonghyun kt depan kete tu..cer tgk outfit dy btol2.. baju kt depan labuh(?) la jugak skali kat blakang berlubang da..haha..x phm sungguh ngan pesen dorng ni..x sejuk ke bang..abg ke..lg mude dr aku kot..LOL..kesian shinee..stylist punye psl,shinee kene kutuk(?)..MV lagu juliet lagi haru biru outfit..kesian2..

Then lyric plak..kat part after chorus tu.."loverholic,robotronic,loverholic,robotronic" kalo tgk lyric mane de ketan ngan robot ke android ke ape2 yg berketan ngan technology..tp sbb nk matching kn lyric nye psl, letak la robotronic tu..haha..ke aku yg slh tafsir..tett!!

Overall komen:
Pade tafsiran(?) aku, lagu ni lbey kurang cam Ring Ding Dong la..cume yg beze nye awek dlm ring ding dong tu suci, murni n segale yg baek2 la tp yg ni jaat cam setan (adekah ini kate2 kesat?)..Lucifer kate nye kn..haha..si awek ni kire cam obses aka queen control(?) kat si pakwe ni smpy si pakwe rase cam "lepaskan aku!!" (drama gile) n pakwe ni cam dh kene spell si awek ni la "ur spell dat i can't reject is LUCIFER" katenye.. walopon terseksa(pergh ayat) ngan si awek tp stil lovey-dovey gitu kat si awek..manusia bese la,dh tau bnde tu slh tp sbbkn  bisikan setan tu menggoda wat gak..overall lagu ni psl si pakwe ni merayu(?) supaye dibebaskan dr spell si awek ni yg obses sgt ngan si pakwe(aku rase la)..then, lagu ni dy samekan si awek ngan Lucifer..setau aku Lucifer ni setan jantan kan? tp cam masuk la gak kn sbb pmpuan ni kuase pujuk rayu dy mmg bole runtuhkn tembok besaq cina tu..ok yg tu over..tp kalo kte tgk kbanykan kes la,slalu kt blakang laki yg berkuase mesti sbb ade pmpuan yg support kt blakang..tp ramai gak laki yg hancur sbb ade pmpuan kt..so kaum laki kene la tlg didik kaum wanita sebaek2nye..berbalek pade lagu..lagu ni aku bg 3 1/2  la dr 5..mule2 dgr rase lagu ni energetic gile,tp sbb dh ari2 dgr kn..dh kurang sket la pointnye..hehe..
then koreography: ok la tp yg ring dingdong lg mantap la..
pastu dlm ni dorng mmg nmpk macho la gak especially minho tym dy rap..(ok aku mmg fan minho..keke..)
Onew ok xde slek..Key rambut dy plg xleh blah botak sbelah..jonghyun :sile pkai baju cukup kaen..Taemin:minum susu byk2 bg cepat besar n matang..kekeke..




oh ye kat atas ni vid lagu yg same tp tym concert..serius best gile yg ni..sbb ade element rock..lagu ni pon mmg dh energetic,kalo campor rock mmg hyper r jadinye..tym ni jonghyun dok dlm sngkar sbb dy injured..xleh nari lbey2..anyway enjoy yawww!!

 SHINee tym baru debut..cam budak2 muke..keke




 dah macho sket..



 dah macho byk..keke..


sekian saje komen MV utk kali ni..berjumpe lg di waktu yg laen..tettt..

p/s:ari sabtu aritu konsert suju..sape pegi angkat tangan!!aku x minat suju(motip?)

By: Queen of Bling Bling..bwhahaha.





saya.sayang.awok!

salam 'alaik

Hahahaha.

Ayat nak jiwang je big S nih. Malam yang indah nih, big S nak berjiwang-jiwang sikit.*bluweeekk*

Eh.

Kalau ape yang kita nak, bukan milik kita, patut ke kita kejar gak?
Big S jawab, TAK!
Yang sudah tuh sudah. Yang berlalu pegi, bia je dia pegi.
Sat lg ade lg yg datang.
Walaupon mende tuh da ade kat tapak tangan kite.
TAPI....
kalau dia nak jatuh gak, ape mampu kite buat?
nothing.

takpe la. ada lagi utk kite

Baek punye!

Kalau kete kancil takmau lekat kat kite, sat lagi kete Nissan Latio datang bgolek pasai dia ada roda

Lagi best.

Yang penting, pandang depan. Sebab blkg kot2 ade antu.*apekah?*
Tapi pndang gak blkg sekali sekala. Sebab dari situ kite bljar. Kan?

Oh.

Bosannye entri nih.*mengeluh pjg*


bila.sudah.bosan.dan.perasaan.berkecamuk
ape2 pon enjoice lagu nih.
*jiwang.berganda-ganda.sila.tampar.saya*




Sekian

p/s 1: perasaan sangat bangang melanda diri. Big S, sila la jgn buat perkara yg membangangkan diri sniri. Boleyh tak?

p/s 2: mat arep.syg.nad.tapi.tak.ngaku

Saturday 19 March 2011

sunway and MR.teppayanki

Assalamualaikum...

Dikala petang2 nie,semua orang tidur,tapi saya masih tekad di depan ladtop,cuba untuk menambahkan entri di blog inie...huhu..thanks to our BIGSIS coz rajin mengupdate blog inie..

hari nie nak citer cikit pasal sunway piramid..bezzz owhh g sunway sebenarnya...sebelom ni..asyik g TIMES SQUARe je,sampai dah bosan..

saya ingatkan sunway2 tempat yang mahal jer, actually ade banyak gak tempat yang harga dia murah....

ok..untuk KGB,anda masuk je pintu sunway,saya syorkan anda menuju ke ASIAN AVENUE,baik anda semua tengok MAP,supaya tak sesat...tau2 je la SUNWAY tu..besar gilor koT, ade WEST,EAST,nak jumpa pintu keluar pun sesat kot..tapi kalu sesat senang je..sila la rujuk MAP..

asian avenue nie dya punya baju boleh tahan murah tau,kire BERBALOI2 la..baju2 kat situ pun fasionable la jugak..bukan setakat baju jer ade...beg,kasut, n mcm2 eksesori lagi korang boleh beli kat situ..

lepas siap beli belah,kita orang g makan kat MR TEPPAYANKI...huhu..kalu tak kerana ade baucer..kne pk 10X gak nk g makan cinie..huhuhu...

kalu tak de baucer2..total semua RM 60 lbh!! untuk 3ORG makan..so..bila tolak baucer,tinggal RM 4o lbh!!tetap mahal gak!! !!..sebab service charge dia sje pon dah bpe..tapi boleh la kalu sekadar nak try..lagipun makanan dia boleh tahan la,makanan jepun kan..n memang kenyang giler!!berbelit2 tangan aku nak makan nasi guna CHOPSTICK,pegang ikot suka hati,janji nasi masuk mulut!

jom tengok our KGB g sunway piramid..cam gini je la rupa gadis biasa g sunway..



posing atas tangga sunway!!abis org dok usha!..

posing kat komuter!!huhu..




posing kat MR.TEPPAYANKI!

muka lapar,cbuk nak posing ngn chopstick



chicken don
RM 13.90
biasa jer...tapi kenyang giler,kira puas hati la!


chicken bento
rm 13.90


beef bento
RM 13.90


kebetulan dekat tengah2 sunway,ade buaian nie,so KGB posing la!!









ok..sekian sudah,lama betol nak siapkan entri nie..penat ooww..

Friday 18 March 2011

be honest with me will ya?

salam 'alaik.

it's 0408 in the morning. hihihihi..*insomnia big S nih. incik boyF bising2 n marah2.adeyhh*

today's entry mostly about
CARA-CARA DAN ADAB UTK MENEGUR MANUSIA.

well2 in the well.
instead of 'menganyam ketupat' n sort of things, 
let's take some time to learn back
how to 'tegur menegur' not mention time hari raya je but let's take as everyday routine.

chup2. sat2. 

big S nih baek sgt ke smpai nak menyampaikan ceramah ugama pada pagi yang hening bening ini?
let me tell u something.
kalau nak tunggu owg baek nak teguq ang, smpai kiamat pun takdak sapa nak teguq pasai nobody perfect.
hah.
pasai tuh la, mari sama2 kita renung dan tenung siling umah masing2 smpai boleyh berlobang , muhasabah diri sat.

CAMNA LA AKU NAK TEGUQ ORG CARA HEMAH plus KALAU ORG NAK TEGUQ AKU PON CARA HEMAH DAN BULEYH DTERIMA AKAI.*supaya tak sentap aty sapa2*

big S nih spesis yg tak reti nak p teguq owg or sound2 owg spy berubah pasai big S nih umpama budak nakai abes. omputeh sebut spoil sket. 
tambah plak, kang kalau guwa tegur, memang sentap abes. keluar plak fanpage 'KAMI.BENCI.BIGs.BUDGET.BAGUS' kang
bahasa memang ala2 mafia dan memang bahasa kesat la.

owkay.cukup.

kes pertama

mengumpat. suma owg ska mengumpat. bahasa best sket, GOSSIP la.
big S pon ala2 GOSSIP GIRL yang duk pot pet pot pet kan dengan kenalan dan sahabai landai.
terasa tak puas aty kat owg laen tuh mesti ada.
standard la.
manusia.
bukan malaikat.

EH, GUWA TAK PUAS ATY LA NGAN MINAH NIH. SUKE BULI GUWA.
big S memang sgt 'gemar' dibuli rakan2.
maybe sebab nampak big S nih sengal n blur sket plus bodo2 alang.*konon2*
padahal guwa takla mcm tuh.
guwa menikmati kehidupan bermanusia cenggitu.
mane yg paham tuh, stakat buli cenggitu je la.
yang memang sifat dia pembuli, mula la.
RIAK. TAKBUR. dan paling best skali, dia akan smpai bila2 pk dia hebat dalam membuli.
terasa diri dia sorang ja btoi.

eh.

mentang2 la guwa nih memang tak penah nak tegur owg, mula la pijak kpale dan besar kepala
takpe2. big S memang penyabar sikit. tapi kalau lame2 memang guwa pon terasa gak.
hati kecil ini mula mengecut sebab kecil hati. tapi tak mampu nak tegur. sebab taktaw cara yg sesuai.
takkan nak ngumpat smpai bile2.
smpai ujung dunia pon takkan abes. 

kes kedua.

big S nih manusia.
bukan robot.
bukan malaikat.
bukan luar biasa.
manusia biasa.
gadis biasa.
KAMI.GADIS.BIASA.*apekah?*
memang tak lari dari kesilapan.
byk buruk perangai big S nih.*tetibe emosi lebih*

fine.

kadang2, ataw selalunya
kite memang tak perasan taw salah kite.
mane silap.
mane kurang.
dan sebagainya.
dan memang lumrah, owg keliling yg nampak sikap kite.
buruk kite.
yang tak bekenan kat aty dorang.

next,

dorang nak tegur.
EH, BIG S, PERANGAI KAU NIH AKU TENGOK MCM SYAITAN LA.
pastu maen guna kaki. 
caishhh..
pantang betol la guwa guna kaki ni. takde sivik langsung la cenggitu. buruk perangai sungguh la.

opsss..contoh shj.
bygkan kalau owg tegur korang cenggini.
tak ke rase korang nak g terajang dan bagi sedas dua tumbukan yg padu dan jitu hasil silat gayung yg korang duk simpan di lubuk aty time tuh gak?kan2?
so, camne big S nak terima teguran dan berubah kalau cara dia pon salah?
sebab manusia nih perlu berubah dari baek stage 1 nak naek stage 2 pulak. 
sampai baek tahap dewa dewi kan?

setelah puas dan berpeluh2 big S search google adab2 tegur owg.
so, ape yang boleyh big S konklusikan adalah..... *mcm nak dakwah plak guwa nih*

1. manusia nih memang lumrah pantang ditegur. termasuk big S. menyirap darah guwa beb kena tegur. tapi, KALAU API, SIRAM DENGAN AIR, LAME2 ILANG LA API TUH. *kiasan semata.*. cube cakap lembut-lembut. 

EH BABE, U NIH NAMPAK CHANTEK LA ARINI. TP HOW ABOUT, U UPGRADE SIKIT DIRI U. I RASE U NAMPAK LG OWKAY KALAU PAKAI CENGGINI-CENGGINI. 

ok. keras aty manusia tuh, kalau cakap lembut mesti akan melekat punye. tak banyak pon, sikit mesti lekat. manusia bukan takde otak smpai takleyh pikir. tapi ego tuh mampu menutup rasional minda masing2. kan?

2. tegur face to face. macam direct selling. kalau boleyh tempat yg takde owg. rasionalnya adalah, menutup aib manusia. yg big S ingat la kan, kalau kita tutp aib owg, Allah tutup aib kita. eh. betol ke? betol kan kalau big S salah. sat lagi kalau ang teguq kat public, memang terasa dengan penegur sekali mcm bodo dan mintak penampar FOC. kalau ramai tak puas aty, fine. gathering ramai2. wat satu halaqah. terang kan slow2. jgn la pegi SMASH dia terok2 kat situ. ingat sekolah menengah ke ade sesi nanges2 sebab wat mende2 cenggini. lagi satu, bile korang tegur cara cenggini tandanya dia hormat kat ang, ang hormat kat dia. win-win situation. paham dak?

3. ikhlas dan adil. penah dengar dak perkataan nih? ikhlas tuh bila kita wat sumthing, btoi2 dtg dari aty. without emotional involvement. bukan niat nak jatuhkan dia. bukan sebab kite dendam ngan dia. 

MAT, GUWA NIH BUKAN ELOK. TAKDAK LA NAK DENDAM DENGAN ANG PASAI SLAMA NIH PON AKU TAKDAK MASALAH NAK KAWAN NGAN ANG. TAPI AKU ADA SIKIT TAK BLEYH NAK TRIMA PASAI ANG NIH. ANG MCM ADA SIFAT PENGOTOR SIKIT LA. ANG TAW DAK BERAK MERATA TUH TAK ELOK? AT LEAST ANG BUANG LA TEPI PARIT NU.SAMA2 LA KITA JAGA TEMPAT NIH*kata si kucing belang pada si kucing comel*.

adil pulak. adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. takkan ang nak habaq ngan pak ang panggil woi2 ja kan? mesti ada panggilan dia. camtuh gak sesama manusia. jgn la membelakangkan maruah dia sbgai kawan. u cant deny him/ her right to be treated well. jgn la p paksa dia cam dia tuh binatang ternakan. mcm takdak aty dan perasaan.

4. budaya perli memerli. sentap menyentap. well. ini memang feveret guwa. maen blasah je. lepas nih kene baiki lagi yg hat nih. tak salah perli tapi jgn la smpai wat dia makan dalam n meninggalkan dendam kesumat yg membara. sekadar secukup rasa. sikit garam.sikit gula. mcm big S nih memang suka amik hat owg. sekadar pengajaran pada korang suma taw. so, takkan nak tegur cenggini plak

HAH, MEMANG AKU BELI ROKOK NIH UTK KAU PON. DUET KAU TUH KAU SIMPAN DALAM TABUNG AJI WAT PEGI HAJI SOK.

pehh.. ayat nih memang sentap abes. bagi yg tak biase, macam nak nanges la kan. hahahaha.*mcm big S yg aty tisu*. 

byk lagi korang boleyh dapat kat google. meh guwa tunjuk some of the links. mana taw kowt2 nak guna masa depan.


so, pandai2 la korang pasnih. 

kepada yang nak menegur, it is owkay nak tegur. tapi beragak dan berpada. takot makan diri. ape kata kita gentle je tegur depan2, mudah dan tepat. jgn lupa beradab taw. sgt penting. baru la menjaga ape yg patut. big S pon nak belajar tegur orang dan kurang kan mengumpat sebab guwa memang suke GOSSIP-ing

kepada yang ditegur, kalau big S memang sentap at first. tapi lame2, kalau terasa betol, patut la diambil utk kemudahan hari esok dan kesejahteraan hari esok. so far, alhamdulillah, kalau org cakap elok2 n big S rase memang betul ape yg dia cakap, it is owkay with me. kalau dia SMASH guwa dengan melulu, memang guwa balas balik. n that is my bad. really bad. 

p/s 1 : sgt susah nak jaga aty orang. tak termampu pon rasenya. sekdar yg perlu sahaja. ape pun, sebelum 'cakap' owg, sila muhasabah diri juge ye. *pesanan untuk diri big S yang amat kerdil di sisi TUHANnya*

p/s 2 : if anything or any feedback, please leave your comments in the comment box. i really appreciate it.tQ. love u guys!